BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 10, 2010

alhamdulillah

finally MHS menutup tirai.MHS=Minggu Haluan Siswa.sekalung tahniah diucapkan kepada pihak2 yang telah menjayakan program ini dengan sepenuh usaha.lebih2 lagi kepada ajk2 program dan senior2 yang telah menjayakannya.terima kasih diucapkan.banyak aktiviti yang bermanfaat telah dilakukan.terlalu banyak nilai2 tersurat dan tersirat yang telah dapat ditonjolkan.sesungguhnya program ini sangat bermakna.END.

==>secara jujurnya,at first aku rasa program ni tak sesuai utk aku.kalau laa program ni tak wajib mesti aku tak join.aku rase benci untuk menjadi org laen.aku telah menjadi hipokrit selama 3 hari.pakai tudung lebih paras dada.pakai full socks.sembahyang jemaah.berzikir.hafal hadis.baca Al-Quran.korg pun tau aku cmne.beselah nado kan.pfffttt -.-

tapi kalau korg nak tau (taknak tau takyah sambung baca blog ni) banyak sebenarnya benda yang telah menjentik tangkai hati aku.terlalu banyak bnde yang telah menyedarkan aku.terlalu banyak bnde yang telah membuka mata hati aku.aku selalu pikir kenapa mesti aku dipilih study di bumi anbiya jordan?aku ni dah laa jahat.tak alim dah sekutu dengannya.tapi ini semua takdir Allah S.W.T.DIAlah yang telah memilih nama aku.bukannya pihak JPA.kenapa DIA letak nama aku?hanya DIA sahaja yang tahu what the best utk hambaNYA.aku slalu laa gak pikir kenapa aku dapat scholar ni sedangkan aku tak minat pun dentistry?aku amek course ni hanya utk parents aku.dah laa subject susah.aku kadang2 rasa giveup bila tgk subject2 yang aku akn belajar utk 5 years more.tapi aku terpikir seketika yang kalau aku tak sanggup pikul ni semua kenapa DIA bagi aku?sebab DIA ada menyebut dalam kitab Nabi Muhammad S.A.W,maksudnya 'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' aku hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakal.terlalu banyak bnde yang aku dapat tapi tak mampu utk aku taip kat sini haa.adey >.<

bnde yang aku sedang lakukan:-
  • memakai hijab melebihi paras dada
  • membaca Al-Quran setiap hari
  • baca surah Al-Kahfi setiap jumaat
  • istiqamah dalam melakukan setiap ibadat dan kebaikan
  • of course laa nk score exam kan :)
nanti aku pikir2kan yang selebihnya pulak yeee.ni jee yang aku mampu buat duluu.taknak laa drastik sgt.takot tak istiqamah pulak kan.yang penting niat aku.hanya aku jee yang tau ape yang aku nak.kan?haaa lagi satu aku nak belajar berdikari laa.nak try jadi matured dalam pemikiran.taknak terlalu berharap pada org.banyak laa sebenarnya.aku harap aku dapat laa sume.insyALLAH.aku tgah semangat gileee ni.malangnya,semalam aku bejot :(

aku bukan nak pandangan korg.aku bukan nak duet korg.aku taknak pape selain doa dan support korg.kalau korg ade masa doakan laa aku.dapat pahala tau.mungkin harini hari aku.sok2 luse hari korg pulak kan.what goes around comes around.kita tatau ape yang akan berlaku pada kita selain dari DIA yang Maha Mengetahui.sesungguhnya DIAlah yang Maha Mendengar.terimakasih laa kepada sesiapa yang mendoakan aku.hanya Allah yang dapat membalasnya (:

"Ya ALLAH ya Tuhanku,hanya Kau sahaja yang mengetahui apa yang ada di dalam hati hambaMu ini.berikanlah aku ketabahan dan kesabaran.berikanlah aku keredhaanMu.tunjukkanlah aku jalanMu yang lurus.berilah aku petunjuk dan hidayahMu.aku takot akan azab kubur dan nerakaMu.aku takot pembalasanMu.sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah dan hina.Amin2 yarabbalalamin.insyAllah."

*tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu.dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.ALLAh mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.
::fullstop::

No comments: