BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 18, 2010

pelangi

kecik-kecik dulu
lepas hujan panas
mesti aku keluar rumah
kata kat atok
'akak nak tengok pelangi
cantik kan pelangi tuu atok'
atok hanya tersenyum memandang
atok cakap
'pelangi tuu cam hidup kita
kebahagiaan tak datang selalu
mesti diselangi dengan kesedihan dan kepayahan'
aku hanya terus memandang pelangi
dengan hati yang sangat senang
tanpa memahami kata-katanya
sekarang aku terfikir
betol ape yang atok cakap
anologinya begini
hujan diibaratkan sebagai kesedihan kita
manakala pelangi diibaratkan sebagai kebahagiaan
selepas kesedihan pasti Allah berikan kita kebahagiaan
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Allah itu Maha Adil bukan?



*you choose the colors of your rainbow
insyAllah everything's gonna be fine
(:




No comments: